Peningkatan peruntukan petunjuk positif

Iklan

KUALA LUMPUR - Peningkatan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2020 merupakan petunjuk positif kepada pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap keutamaan rancangan masa hadapan pertahanan negara.

Iklan
Iklan

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen kerajaan dengan memberi peruntukan lebih baik kepada ATM dalam pembentangan Belanjawan 2020," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, sebagai penerima kelima terbesar, ATM akan menggunakan peruntukan itu sebaiknya untuk mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan demi kedaulatan negara.

Iklan
Iklan

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat mengumumkan peruntukan RM15.6 bilion bagi Kementerian Pertahanan pada tahun depan. - Bernama