STL Liga Premier: Johor Tigris tekad perkemas rentak

Iklan
Antara aksi menarik dipamerkan pelibas Johor Tigris ketika menentang Sabah Mountaineers di Gem In Mall Cyberjaya. - Foto FB SepakTakraw League

JOHOR Tigris perlu memperbaiki beberapa kelemahan yang jelas menjejaskan momentum wakil selatan tanah air itu selepas mengharungi hari kedua minggu kelima pusingan kedua Liga Sepak Takraw (STL) Liga Premier.

Ketua Jurulatih Johor Tigris, Ahmad Jais Baharun mengakui pemain-pemainnya kelihatan sedikit tertekan selepas berlangsungnya dua perlawanan pada minggu ini.

Iklan
Iklan

"Saya akui pemain-pemain Johor Tigris sedikit tertekan pada pusingan kedua kerana mungkin kami menjadi pasukan tumpuan selepas cemerlang pada pusingan pertama biarpun kami sebelum ini bukan pasukan pilihan.

"Pada masa sama pada minggu ini beberapa pemain Johor Tigris kurang sihat ditambah pula dengan pemain import baharu masih belum menampakkan impak positif.

Iklan

"Tapi alhamdulillah rezeki kami menang ke atas Sabah Mountaineers petang ini (semalam) sebab semalam (kelmarin) kami tewas kepada ATM Guardian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menjelang aksi minggu depan menentang Negeri Sembilan Antlers dan Terengganu Turtles, Ahmad Jais berharap pemain-pemain Johor Tigris kembali pulih pada masa sama mahu mereka tidak mengambil mudah cabaran daripada pihak lawan.

Iklan

"Bagi cabaran minggu seterusnya kami bakal berdepan lawan sukar iaitu Negeri Sembilan Antlers dan Terengganu Turtles, jadi kami akan menggunakan tempoh masa latihan untuk memantapkan semula corak permainan kami," katanya.

Johor Tigris memulakan kempen minggu ini di Gem In Mall Cyberjaya dengan langkah kiri apabila tewas kepada ATM Guardian 0-2 sebelum melakar kemenangan 2-0 ke atas Sabah Mountaineers.