Lelaki mengalami masalah rumah tangga, hutang maut jatuh bangunan

Iklan
Mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dan rumah tangga. Selipar yang ditemui di tingkat lapan resort berkenaan. Foto: Ihsan polis

PORT DICKSON - Seorang lelaki yang mempunyai masalah rumah tangga dan hutang dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah resort di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima maklumat jam 10.07 pagi daripada ketua pengawal keselamatan resort berkenaan yang memaklumkan kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Polis telah ke lokasi kejadian dan siasatan mendapati lelaki itu terjatuh dari tingkat lapan berdasarkan seliparnya yang ditemui di situ.

"Pemeriksaan mendapati, lelaki itu berusia 41 tahun dan beralamat di Taman Orkid di sini. Siasatan juga mendapati dia mempunyai masalah rumah tangga dan hutang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dilakukan.

Sementara itu, dalam kes berasingan kira-kira jam 12.20 tengah hari, satu mayat ditemui dalam keadaan hanya berseluar pendek dan sudah kembung di Perkampungan Orang Asli Sunggala di sini.

Iklan

Katanya, mangsa dikenali P Subramaniam berusia 71 tahun selepas pengecaman dibuat oleh ahli keluarga.

"Siasatan di lokasi tiada unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Namun siasatan masih diteruskan," katanya.