Belanjawan 2020 tidak adil untuk bumiputera: Mat Nadzari

Iklan
Mat Nadzari

SHAH ALAM - Belanjawan 2020 menyaksikan kaum Melayu dan Bumiputera tidak dilayan seadilnya apabila angka-angka yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berat sebelah dan kelompok majoriti ini dipandang sebelah mata.

Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, lebih ketara lagi apabila beberapa peruntukan untuk segmen bumiputera termasuklah yang berkaitan dengan pendidikan dan pemerkasaan ekonomi dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga, hanya bermain dengan angka tetapi jika diselidiki nyata ia amat berat sebelah.

"Apakah resolusi Kongres Maruah Melayu yang berlangsung tidak mampu berbuat apa-apa apabila Belanjawan 2020 ini menceritakan sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan.

Mat Nadzari berkata, tindakan kerajaan menurunkan harga rumah yang boleh dibeli oleh warga negara asing kepada hanya RM600,000 berbanding RM1 juta sebelum ini juga menimbulkan perdebatan umum kerana ia membuka ruang pemilikan harta negara secara semberono oleh orang luar.

"Soal kemampuan pemilikan rumah oleh warga tempatan, kos sara hidup, pengenalan cukai baharu, gaji minima dan bantuan sara hidup terus menghantui rakyat hari ini," katanya.

Iklan
Iklan

Mat Nadzari berkata, kerajaan juga dilihat tidak mampu melaksana agenda rakyat yang banyak ditabur dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum ini.

Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, ia termasuk pemansuhan tol dan penyelesaian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didambakan pengundi Pakatan Harapan (PH) yang hanya tinggal janji.

Iklan
Iklan
Beliau berkata, satu kaji selidik Belanjawan 2019 perlu dilaksana terlebih dahulu bagi mengetahui status pelaksanaannya sebelum memperkatakan tentang Belanjawan 2020.

"BN (Barisan Nasional) Selangor bersama Pas atas platform Muafakat Nasional akan turun padang mendapatkan maklum balas rakyat dan sesi penerangan Belanjawan 2020 agar orang ramai tidak tertipu janji ditabur kerajaan," katanya.