KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan masih menantikan bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mahu melunaskan bayaran tersebut akhir tahun lalu.
"Isu ini sepatutnya diserah kepada Kerajaan Persekutuan dan Guan Eng, kenapa royalti minyak untuk Kelantan masih belum diselesaikan.
"Jika ia disebabkan kes saman yang ditarik balik, kita harap pihak mahkamah dapat menetapkan tarikh seawal mungkin agar proses bayaran royalti dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.
Mohd Amar berkata, kerajaan negeri akan menggunakan royalti itu mengikut cadangan asal ketika pentadbiran bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lalu.
Menurutnya, ia menyentuh isu kebajikan rakyat iaitu dalam bidang pendidikan, infrastruktur, perumahan dan bekalan air.