Ibu Presiden Cuepacs meninggal dunia

Iklan
Azih menyiram pusara ibunya yang selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Kampung Padang Machang, Manir. -Foto Ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU - Ibu kepada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda meninggal dunia di kediamannya di Kampung Padang Machang, Manir, di sini.

Nik Ibrahim, 83, meninggal dunia sebaik selesai menunaikan solat Maghrib jam 7.30 malam semalam.

Iklan
Iklan

Menurut Azih, ibunya meninggal dunia disebabkan sakit tua serta mengalami pelbagai komplikasi lain seperti masalah paru-paru.

"Kediaman ibu dan saya hanya bersebelahan dan kebetulan ketika dia meninggal dunia saya berada di rumah saya.

Iklan

"Jadi saya tak sempat berada di samping dia ketika itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Azih yang merupakan anak tunggal dalam keluarga berkata, ibunya itu tinggal berseorangan setelah bapanya, Muda Amin meninggal dunia dua tahun lalu.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, walaupun mengalami pelbagai komplikasi, ibunya tidak menunjukkan perubahan ketara dan boleh bangun seperti biasa.

Katanya, jenazah ibunya selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Kampug Padang Machang sebaik selesai disembahyangkan di masjid di kampung berkenaan.