Polis terus siasat pemimpin DAP terlibat LTTE

Iklan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pada sidang media hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan terus menyiasat dan menahan mana-mana pemimpin atau ahli politik sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan mereka terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak pasti dari mana input Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat yang mendakwa tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan LTTE.

Iklan
Iklan

"Saya pasti bukan daripada saya (kenyataan akan hentikan siasatan pemimpin DAP). Saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan kita akan hentikan siasatan... mungkin ada pihak lain, saya tidak pasti, tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan.

"Adakah ini oleh kerana melibatkan parti DAP dan perlu menghentikan siasatan.. kita akan meneruskan siasatan, kalau ada cukup asas bukti, kita akan melakukan tangkapan susulan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman tadi.

Iklan

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan berkenaan.

LTTE disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas di 30 negara seluruh dunia termasuk di Kesatuan Eropah, Kanada, India, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Iklan