KUALA KRAU - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Paya Luas dekat Kuala Krau hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.53 tengah hari itu, Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri itu turut melanggar pokok kelapa sawit.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba,Syed Mohsen T Ismail berkata, seramai lima anggota dari BBP Temerloh bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Menurutnya, wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.
"Kedua-dua mangsa dikeluarkan orang awam dan diserahkan kepada pihak ambulans Kuala Krau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.