Bayi maut tercampak dari motosikal

Iklan
Motosikal yang dinaiki tiga mangsa telah melanggar bahagian belakang lori tangki yang diletakkan di bahu jalan di Tapah hari ini.

TAPAH - Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan maut akibat tercampak selepas motosikal yang ditunggang ibunya melanggar belakang lori tangki di KM67 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa, N Eshwaran disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pembonceng dipegang oleh ibu saudaranya yang berusia 17 tahun manakala ibunya berusia 22 tahun menunggang motosikal terbabit.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Tapah menuju ke Bidor.

Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan.

"Bayi tersebut mengalami kecederaan dibawa mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang," katanya.

Iklan

Wan Azharuddin berkata, kemalangan itu berpunca apabila penunggang motosikal didapati hilang kawalan lalu melanggar kenderaan berat tersebut.

"Ibu mangsa mengalami luka di kedua-dua belah kaki manakala pembonceng yang juga sepupunya luka di bahagian muka.

"Mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.