Bekas penagih impi jadi pendakwah

Iklan
(Dari kanan) Hasri dan Ahmad menunjukkan hadiah dimenangi setelah diumumkan johan tilawah dan syarahan sempena Pertandingan Daie Unggul peringkat kebangsaan di Pusat Pemulihan Dadah Sungai Petani Kedah.

SUNGAI PETANI - Seorang bekas anggota tentera melahirkan kekesalan terbabit penyalahgunaan dadah sejak berusia 19 tahun sehingga menyebabkan dirinya diberhentikan kerja.

Ahmad (bukan nama sebenar), 36, diberi didikan agama di sekolah pondok di Kedah dan pernah memenangi tempat kedua pertandingan pidato peringkat daerah pada ketika itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, dia ditahan dalam satu operasi membasmi penagihan dadah menyebabkannya dikenakan tindakan pemulihan.

"Ketika dalam pemulihan, secara rela hati saya menyertai pertandingan syarahan dan berjaya ke peringkat kebangsaan," katanya ketika ditemui ketika hadir ke Pertandingan Daie Unggul di Pusat Pemulihan Dadah Sungai Petani.

Iklan

Ahmad yang diumumkan johan pertandingan syarahan berkata, dia bersyukur dipertemukan dengan guru dan pembimbing yang sentiasa memberi galakan dan latihan.

Beliau berharap, selepas tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan Serendah, Selangor yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi, impiannya untuk mendapatkan pekerjaan selain menjadi pendakwah tercapai.

Iklan

"Ingatlah seseorang itu tidak perlu belajar untuk menjadi seorang penagih kerana ia cukup mudah terpengaruh.

"Tak perlu nak cuba rasa kerana ia tak bawa sebarang faedah pun malah membahayakan,"nasihatnya.

Sementara itu, Hasri (bukan nama sebenar), 42, dari Pahang berkata, disebabkan masalah kewangan, dia tidak sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekaligus menyebabkannya terpengaruh dengan gejala tidak sihat terutama penagihan dadah.

Menurutnya, selama 20 tahun menagih dadah bergelumang dengan najis dadah, akhirnya dia ditahan dan dikenakan tindakan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan, Pahang.

"Sejak berlatih untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran, hati rasa tenang dan menyesal atas tindakan lalu," katanya.

Hasri yang diumumkan johan tilawah bagaimanapun tidak menyangka mampu mengalahkan 40 peserta lain.

Dia turut menyatakan hasrat untuk mengajak lebih ramai individu senasib untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan cara hidup.

Kedua-dua mereka antara 300 peserta Pertandingan Daie Unggul peringkat kebangsaan yang terdiri daripada klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempamerkan bakat masing-masing dalam acara tilawah, syarahan, nasyid dan hafazan yang berlang sung selama dua hari di Pusat Pemulihan Dadah Sungai Petani Kedah.

Acara penutupan dirasmikan Exco Agama Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh mewakili Menteri Besar Kedah, semalam.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah