Pelajar di Lucknow diarah patuhi kod pakaian

Iklan
Kerajaan Uttar Pradesh, India semalam mengeluarkan arahan mandatori kepada semua pelajar di sekolah dan kolej di negeri ini agar memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang bagi mengurangkan risiko terkena wabak denggi di negeri ini.- Foto India Today

LUCKNOW - Kerajaan Uttar Pradesh, India semalam mengeluarkan arahan mandatori kepada semua pelajar di sekolah dan kolej di negeri ini agar memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang bagi mengurangkan risiko terkena wabak denggi di negeri ini.

Pelajar juga diberitahu tentang langkah pencegahan denggi semasa perhimpunan sebagai langkah berwaspada.

Iklan
Iklan

Sekolah-sekolah juga telah menerima arahan untuk mengekalkan kebersihan di premis agar tidak membenarkan pengairan air di kawasan berhampiran.

Pesuruhjaya Lucknow, Mukesh Meshram juga mengarahkan perbadanan perbandaran untuk membersihkan parit dan mengumpul sampah dari jalan-jalan dalam masa tiga hari.

Iklan

Pihak berkuasa juga diarahkan melancarkan kempen kesedaran terhadap bahayanya wabak denggi.

Sebanyak 454 kes denggi telah berlaku di Lucknow di mana ramai yang kritikal dan dimasukkan ke hospital.

Iklan

Dalam kes baru, seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia akibat demam denggi menjalani rawatan di Institut Sains Perubatan Siswazah Pasca Sanjay Gandhi (SGPGI) di Lucknow. - Agensi