Tidak sempat pindah rokok seludup RM7 juta

Iklan
Mohammad Rosli menunjukkan lokasi Operasi Patkor Optima di jarak 3.2 batu nautika dari Tanjung Gabang Khamis lalu.

PELABUHAN KLANG - Cubaan untuk memindahkan rokok seludup bernilai hampir RM7 juta di tengah laut tidak menjadi selepas kegiatan itu berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi di jarak 3.2 batu nautika dari Tanjung Gabang dekat sini Khamis lalu.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, operasi kira-kira jam 11.35 pagi berjaya mengesan sebuah bot barter trade dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Operasi Patkor Optima bertindak menahan dan memeriksa bot terbabit yang dinaiki seorang tekong dan tujuh awak-awak warga Indonesia berusia 31 hingga 52 tahun.

Mohammad Rosli (dua dari kanan) menunjukkan antara rokok yang dirampas dalam Operasi Patkor Optima dalam operasi di jarak 3.2 batu nautika dari Tanjung Gabang Khamis lalu.

Iklan

"Pemeriksaan menemui 1,040 kotak mengandungi 52,000 karton rokok putih yang dipercayai cuba dibawa masuk ke dalam negara.

"Kesemua rokok yang dianggarkan bernilai RM6.93 juta termasuk cukai itu juga disyaki menggunakan setem duti palsu," katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat APMM Selangor, Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, bot ini dipercayai dalam perjalanan dari Singapura sebelum akan berhenti di perairan negara kemudian akan datang beberapa bot nelayan kecil untuk mengambil rokok terbabit.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan direman 14 hari untuk disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Sebuah bot barter trade yang membawa rokok seludup ditahan di jarak 3.2 batu nautika dari Tanjung Gabang Khamis lalu.

Ketika ditanya hotspot kemasukan penyeludupan, Rosli mendedahkan, pihaknya mengesan lapan lokasi panas di sekitar Selangor iaitu Kapar, Pulau Ketam, Kuala Langat, Morib, Tanjung Rhu, Bagan Lalang, Sekinchan dan Sungai Besar.

"APMM akan terus menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya dalam usaha membanteras sebarang kegiatan penyeludupan bahan terlarang," katanya.