10 maut bangunan di Mohammadabad runtuh

Iklan
Sekurang-kurangnya 10 orang meninggal dunia selepas bangunan dua tingkat runtuh dipercayai berlaku letupan silinder. - FOTO: ANI

UTTAR PRADESH - Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas bangunan dua tingkat runtuh dipercayai berlaku letupan silinder di Mohammadabad, India manakala 15 orang cedera, lapor agensi berita ANI.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, jumlah korban maut dijangka meningkat kerana beberapa orang lagi dikhuatiri masih terperangkap di dalam bangunan.

Iklan
Iklan

Pada masa ini operasi menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat untuk membantu orang-orang yang terperangkap di dalam bangunan.

Pihak keselamatan juga turut menyiasat punca kejadian itu.

Iklan

Sementara itu, Ketua Menteri, Yogi Adityanath telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia.

"Semua pegawai diarahkan segera memberikan bantuan termasuk bantuan perubatan kepada orang mangsa yang cedera.

Iklan

"Semua bantuan harus diberikan kepada keluarga mangsa kemalangan," kata Yogi Adityanath. - Agensi