29,736 calon duduki SPM di Kelantan

Iklan

KOTA BHARU - Seramai 29,736 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan yang bermula hari ini sehingga 28 November.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan berkata, ia membabitkan 21,560 calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 693 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Iklan
Iklan

"Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pula seramai 611 calon, Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) (4,953 calon), swasta (218 calon) dan persendirian (1,701 calon).

"Manakala 2,365 petugas akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Sebanyak 284 pusat peperiksaan disediakan di negeri ini kepada calon yang terlibat. - Bernama