Sambut Krismas lebih awal

Iklan
Isterinya,Helen Robinson, 46 disahkan mempunyai dua minggu kerana disahkan kanser. Foto: Liverpool Encho

MERSEYSIDE - Seorang lelaki di England yang isterinya disahkan mempunyai tempoh dua minggu untuk hidup mengutip dana supaya keluarga dapat merayakan Krismas terakhir mereka bersama-sama dengan lebih awal, pada Oktober.

Stephen, 49, telah membuat kutipan derma melalui laman Go Fund Me bagi merealisasikan majlis itu.

Iklan
Iklan

Pada petang semalam, wang yang disumbangkan itu telah mencecah AS$3,000 (RM15, 767.5), melebihi sasaran awal AS$2,900 (RM15,241) pada laman web Go Fund Me.

Dia berasa terharu dengan keprihatinan rakyat Merseyside dan Liverpool dan mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati mereka yang luar biasa menderma.

Iklan

"Orang ramai begitu baik dengan derma dan komen yang baik. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah menderma," katanya.

Isterinya Helen Robinson, 46, kini tinggal di hospital Wirral untuk menerima penjagaan rapi berikutan diagnosis kanser.

Iklan

Isteri disahkan telah pulih daripada kanser payudara tahun lalu namun telah kembali dan merebak ke paru-parunya.

Kesihatan isterinya bertambah buruk kerana sukar berjalan dan mengalami loya dan muntah yang teruk.

Tiga anaknya (dari kiri) Ellie, 13, Sophie, 10, dan Jessica lapan. Foto: Go Fund Me

Stephen ingin merayakan Krismas dengan turut membeli hadiah untuk tiga anaknya, Ellie, 13, Sophie, 10, dan Jessica lapan.

"Saya mahu mereka sekurang-kurangnya tersenyum pada hari istimewa kerana pada masa ini mereka menangis setiap hari dan ia menyayat hati," katanya.

Dia juga memerlukan wang tunai untuk membayar pengebumian isterinya, yang dijangka menelan biaya AS$5,000 (RM26,279).

Isterinya mahu pergi dengan aman tanpa bimbang, apa-apa yang dihargai dengan penuh syukur.

"Dia adalah cinta dalam hidup saya dan saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan tanpanya," katanya. - Agensi