Pilih kasut ikut bentuk kaki

Iklan

ADAKAH anda pernah berdepan situasi kaki melecet ataupun sakit apabila menyarungkan kasut yang baharu dibeli?

Lazimnya, ketidakselesaan itu bukan berpunca daripada sepatu tersebut, sebaliknya disebabkan individu memilih rekaan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk kaki.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut diakui oleh Perunding imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin menerusi laman sosial Facebook peribadinya, @syeerahanis baru-baru ini.

Syaheerah Hanis

Justeru, bagi mengatasi masalah itu, Syaheerah berkongsi tip memilih kasut mengikut keselesaan kaki.

Tip membeli kasut:

Iklan

1. Elak membeli kasut pada waktu pagi.

2. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum membeli.

Iklan

3. Sebaik-baiknya membeli pada waktu petang kerana saiz kaki berada dalam keadaan yang sepatutnya (kembang) dengan baik.

4. Jika dibeli pada waktu pagi, kaki akan berasa sakit menjelang tengah hari hingga ke petang. Maka, bermulalah pembaziran yang mana kasut berkenaan tidak akan dipakai, tetapi disimpan semula di dalam kotak.

5. Seterusnya, pilih muncung kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki sama ada A, B atau C.

PILIH kasut mengikut bentuk kaki.

Semoga bermanfaat!