Sasar sifar miskin tegar di Perlis penghujung 2019
Iklan
Rina Harun
KANGAR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar mensasarkan sifar miskin tegar di Perlis pada penghujung tahun ini apabila kini hanya terdapat tiga ketua isi rumah direkodkan dalam kategori miskin tegar berbanding 72 ketua isi rumah dicatatkan pada Februari lepas.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya menyasarkan untuk menjadikan Perlis negeri pertama sifar miskin tegar sekali gus dapat membantu golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan dengan berlakunya peningkatan pendapatan.
Iklan
Iklan
"Saya yakin dapat ditingkatkan taraf kehidupan mereka kepada lebih baik menjelang 31 Disember 2019 ini kita harap negeri Perlis menjadi sebuah negeri bebas miskin tegar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Perlis di sini hari ini.
Turut sama dalam mesyuarat itu Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof.
Iklan
Rina berkata, antara usaha dilakukan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan golongan tersebut adalah melalui pemberian latihan dan bimbingan keusahawanan selain terdapat bantuan daripada jabatan tertentu sebagai usaha membuka peluang pekerjaan kepada mereka.
"Ada juga bantuan dan bimbingan daripada jabatan-jabatan tertentu, mungkin (mereka yang) tidak berminat jadi usahawan ada peluang pekerjaan diberikan kepada mereka,” katanya.
Iklan
Dalam pada itu, beliau berkata, 74 projek membabitkan pembangunan fizikal dengan peruntukan sebanyak RM289.5 juta diluluskan kerajaan tahun ini untuk manfaat rakyat Perlis dengan 24 projek daripada jumlah itu masih dalam fasa pembinaan manakala lima projek melewati jadual kemajuan dirancang.
"Beberapa tindakan telah pun diambil untuk memastikan projek-projek ini kembali 'on track' dan siap seperti dalam tempoh yang telah pun dijadualkan. Lima projek itu ialah projek pembinaan mahkamah baru Kangar, projek naik taraf dan ubah suai Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis.
"Projek Klinik Kesihatan Chuping, projek pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) dan projek naik taraf (wad) ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” katanya. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam