Syarikat didenda gagal lapor kemalangan di tempat kerja

Iklan

IPOH – Sebuah syarikat pembuatan besi didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas dua pertuduhan, gagal melaporkan kes kemalangan hilang upaya kekal di tempat kerja kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, dua tahun lalu.

Hakim Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Chip Bee Steel Sdn Bhd yang diwakili Pengarahnya, Gu Ping Ping selepas membuat pengakuan bersalah.

Iklan
Iklan

Syarikat itu didakwa gagal melaporkan dua kes kemalangan yang menyebabkan dua pekerjanya mengalami kecederaan pada jari semasa mengendalikan mesin di tempat kerja pada 27 Oktober dan 18 Disember 2017.

Bagi kemalangan pertama, seorang pekerja putus dua jari tangan kiri ketika mengendalikan mesin bending sementara kemalangan kedua mengakibatkan seorang lagi pekerja hancur tiga hujung jari tangan kiri semasa mengendalikan mesin stamping.

Iklan

Bagi kesalahan itu, syarikat berkenaan didakwa di bawah Peraturan 5(1)(b)(bb), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Nabihah menetapkan RM3,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal bayar bagi pertuduhan pertama manakala RM3,000 atau empat bulan penjara untuk pertuduhan kedua.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP, Mudzaffar Anwar Hussin manakala syarikat berkenaan tidak diwakili peguam.