Wajarkah spageti, mi goreng, mi rebus menu makan malam di MRSM?

Iklan
Keluarga pelajar di MRSM mendakwa hidangan 'noodles' ini disediakan sebagai makan malam bagi menggantikan nasi.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Wajarkah spageti, mi goreng dan mi rebus menjadi antara menu utama disediakan kepada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi menggantikan nasi sebagai menu makan malam? Itu persoalan seorang bapa pelajar di sebuah MRSM di negeri ini mengenai perubahan menu makan malam yang dikatakan telah dilaksanakan di MRSM seluruh negara bermula sejak lebih sebulan lalu.

Perubahan menu makan malam itu bukan sahaja disifatkan sebagai tidak wajar tetapi turut memberikan kesan terhadap pembelajaran anak-anak kerana didakwa tidak mendapat khasiat yang cukup.

Iklan
Iklan

Bapa pelajar yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, sebelum perubahan itu dibuat, pelajar MRSM disediakan nasi berlauk sebagai menu makan malam pada setiap malam, tujuh kali seminggu.

Namun dakwanya, menu makan malam itu telah diubah kepada empat kali nasi dan tiga hari ‘noodles’. Noodles yang dimaksudkan adalah laksa, mi goreng, bihun, laksa dan yang seangkatan dengannya.

Iklan

Lebih mengecewakannya apabila hidangan 'noodles' yang sepatutnya disajikan sebagai menu petang atau menu waktu bersantai itu disediakan awal iaitu pada jam 6.30 petang hingga 7 malam.

"Jadi bayangkanlah kalau kita pun makan (jam) 6.45 (petang) makan laksa, jadi lepas 'prep' laparlah. Lepas 'prep' dia bagi 'supper'. Contoh 'supper' dia beri roti cicah bubur kacang, kadang kadang roti bakar.

Iklan

"Menu disediakan ini tak sepatutnya dan menu ini (telah) disediakan sejak bulan Julai sehingga sekarang," dakwanya dan telah membuat pengaduan mengenai perkara kepada pihak berkaitan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pembangunan Modal Insan Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), Datuk Ahmad Shamsuddin Ramli mengesahkan pihaknya menerima aduan.

Katanya, Muafakat juga bersetuju sekiranya menu asal dapat diteruskan namun keputusan itu bukan terletak di tangan Muafakat sebaliknya keputusan pihak pengurusan Mara dan pembekal makanan.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan mesyuarat dengan pihak maktab dan secara keseluruhannya pihak maktab telah memberi senarai makanan baru kepada pihak pembekal dan pembekal pun bersetuju.

"Namun (penukaran menu) ini perlu dirujuk kepada Unit Perolehan Mara. Maknanya Mara yang kena keluarkan dahulu senarai menu baru (telah dipersetujui) ini kepada pembekal makanan terbabit.

"Jadi buat masa ini pembekal tidak boleh menukar menu semasa ini kerana mereka perlu mengikut kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.