Maritim redah ombak 4 meter bawa pesakit kritikal

Iklan
Warga emas sakit kritikal tiba di Jeti Maritim di Tok Bali jam 2.30 petang tadi.

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan melalukan pelayaran ihsan membawa warga emas kritikal dari Pulau Perhentian, Besut ke tanah besar hari ini.

Pangarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Karim Harith, 68, terpaksa dibawa meredah ombak kira-kira setinggi 4 meter menaiki bot Penyelamat 7.

Iklan
Iklan

"Walaupun laut bergelora dengan ketinggian 3 hingga 4 meter, kita tetap bawa warga emas yang mengalami masalah hati gagal berfungsi ini ke Jeti Maritim di Tok Bali untuk dihantar ke Hospital Besut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Pulau Perhentian jam 11.30 pagi tadi yang menyatakan pesakit perlu dihantar ke hospital segera.

Iklan
Iklan