JKM Gombak minta Noraliza Bachtiar tampil

Iklan
Noraliza diminta tampil bagi menguruskan dokumen anak kandungnya yang berusia dua bulan.

GOMBAK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak meminta seorang wanita bernama Noraliza Bachtiar, 25, tampil bagi menguruskan dokumen seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang merupakan anak kandungnya.

Sumber JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan Noraliza meninggalkan anak kandungnya itu selepas melahirkannya di Hospital Bersalin Selayang.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Noraliza menghilangkan diri sejak bayi berkenaan dilahirkan pada Julai lalu.

"Kami telah cuba mengesan ibu kanak-kanak tersebut di alamat yang diberikan namun gagal menemui wanita tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia bagi membantu mahkamah membuat keputusan bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak itu kelak,” menurut kenyataan itu.