Cuti bersalin 90 hari, kerajaan sedia teliti bantahan majikan

Iklan
DR WAN AZIZAH FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia meneliti setiap bantahan dibangkitkan mana-mana pihak berhubung keputusan kerajaan memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari yang akan mula dikuat kuasa pada tahun 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pada masa ini, keputusan diumumkan melalui Belanjawan 2020 itu masih terbuka untuk sebarang perbincangan membabitkan pihak berkepentingan terutama majikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan sedia meneliti setiap permasalahan dibangkitkan dan menyifatkan bantahan dikemukakan adalah perkara biasa apabila sesuatu rancangan baharu dikemukakan kerajaan.

"Biasa la, bila kita keluarkan satu rancangan baru, dia ada kebaikan dan keburukannya. Ada yang suka, ada yang kata ada masalah.

Iklan

"Majikan memang kata ada masalah kalau 90 hari pekerja tak datang (bekerja). Rasa kehilangan kepada majikan

"Apa yang pasti,keputusan itu masih kekal,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Iklan

Dr Wan Azizah berkata, keperluan memberikan ibu yang baru melahirkan anak lebih masa dengan bayi mereka amat penting untuk melahirkan generasi terbaik pada masa hadapan.

Menurutnya, adalah lebih baik majikan memberikan lebih masa kepada ibu untuk bersama bayi, namun kerajaan juga akan mengambil kira kepentingan majikan.

"Kita nak tengok ibu dan anak (sentiasa bersama), mahu yang terbaik untuk generasi akan datang.

"Kadang-kadang lebih baik kalau lebih lama lagi dengan bayi. Namun kita fikirkanlah juga pasal majikan, operasi dia, terjejas ke tidak, semua itulah,” katanya.

Ketika pembentangan Belanjawan 2020 minggu lalu kerajaan memaklumkan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dalam satu kenyataan menegaskan majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.