MELAKA - Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2019 pada esok, orang ramai berpeluang mendapatkan diskaun 70 peratus fi gantian hilang MyKad di semua pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Melaka.
Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata, tawaran yang turut dibuka di seluruh negara esok itu memberikan diskaun kepada mereka yang kehilangan kad pengenalan diri dan membuat permohonan gantian hilang MyKad di mana-mana pejabat.