9,826 calon duduki STAM 21 Oktober ini

Iklan
Kenyataan akhbar KPM berhubung 9,826 calon STAM yang bakal menduduki peperiksaan bertulis mulai 21 Oktober ini.

AYAT FB: Peperiksaan STAM bermula pada 21 Oktober

SHAH ALAM - Seramai 9,826 calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bakal menduduki peperiksaan bertulis mulai 21 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memberitahu, daripada jumlah tersebut, seramai 4,540 calon adalah dari sekolah menengah agama rakyat, 2,854 calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan serta sekolah agama bantuan kerajaan, 1,497 merupakan calon persendirian, manakala 709 lagi adalah calon sekolah menengah agama rakyat.

Iklan
Iklan

Katanya, calon luar negara (Kemboja) seramai 139 orang dan 87 calon dari sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM turut berdaftar menduduki peperiksaan tersebut.

"Kesemua calon berkenaan akan menduduki peperiksaan pada 21, 22, 23, 30 dan 31 Oktober ini di 234 pusat peperiksaan yang akan dibuka di Malaysia dan Kemboja.

Iklan

"Seramai 1,023 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan," katanya.

Menurut KPM, semua calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Iklan

"Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my dan calon diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri (MyKad atau Borang Pengenalan Diri Calon atau surat perakuan pengenalan diri) ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar," katanya.