Hujan, ribut petir di Lembah Klang hingga Isnin ini

Iklan
Cuaca di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan dan ribut petir sehingga Isnin depan

KUALA LUMPUR - Cuaca di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan dan ribut petir sehingga Isnin depan.

Menerusi maklumat di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan dan ribut petir diramal berlaku pada waktu petang di kebanyakan kawasan.

Iklan
Iklan

Di Kuala Lumpur dan Putrajaya tiada hujan diramal berlaku pada waktu pagi namun beberapa kawasan diramal hujan di satu dua tempat pada waktu malam bermula Sabtu ini.

Cuaca juga diramal tidak hujan pada waktu pagi di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan
Iklan

Namun cuaca diramal hujan pada waktu malam dikesemua daerah di negeri ini bermula Sabtu hingga Isnin depan.