JEPUN - Puluhan ribu anggota penyelamat Jepun masih meneruskan operasi menyelamat susulan Taufan Hagibis yang setakat ini meragut hampir 70 nyawa dan mengakibatkan kerosakan teruk.
Taufan Hagibis yang melanda Jepun pada Sabtu lepas sememangnya meninggalkan kemusnahan yang agak teruk dan telah meragut hampir 70 nyawa di negara matahari terbit itu.
Selepas ribut dan juga hujan lebat melanda Jepun, banjir besar telah berlaku dan mengakibatkan kawasan di sekitar utara negara itu berhadapan dengan masalah banjir pula.
Namun begitu, apa yang harus dipuji adalah air banjir yang bergenang di kawasan perumahan dan juga kawasan tumpuan sangat jernih dan langsung tidak keruh seperti banjir-banjir yang kerap dilaporkan.
Perkongsian gambar banjir yang jernih di Jepun yang dimuat naik oleh Akhyari Hananto di Facebooknya menerima pujian daripada netizen yang memuji cara masyarakat Jepun menjaga kebersihan.
Akhyari dalam postingya memberitahu"Inilah banjir akibat taufan yang melanda Jepun. Ada yang istimewa? Banjir yang tidak membawa sampah, tak terlihat sampah yang mengembang bahkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah, airnya sangat jernih seperti kolam renang," katanya.
Gambar tersebut kini tular di media sosial dan meraih 8,400 tanda suka dan 48,000 berkongsi gambar tersebut di Facebook
Tulis Adli Mahmud:"Bersihnya air di sana walaupun banjir berlaku, saya sememangnya hormat cara Jepun berdisiplin dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar mereka, inilah bukti bahawa bila bencana berlaku, kawasan persekitaran tidak menjadi kotor.
"Alhamdulillah, walaupun banjir, namun tiada nampak sampah ataupun airnya menjadi keruh seperti banjir di negara ini. Mereka sememangnya pandai menjaga kebersihan," tulis Zaleha Ahmad di Facebook.