[DIKEMASKINI] Tun Siti Hasmah dedah pernah hidap kanser payudara

Iklan
Dr Siti Hasmah

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mendedahkan beliau pernah berjuang melawan kanser payudara.

Berkongsi berita mengejutkan itu ketika berucap sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL Pink October 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siti Hasmah berkata, beliau menyedari perubahan pada dirinya sekitar Mac lalu.

Iklan
Iklan

"I'm a survivor," kata wanita berusia 93 tahun itu.

Dr Siti Hasmah berkata, ketika keputusan biopsi mengesahkan ketumbuhan di payudara kirinya itu adalah kanser, berita itu bagaimanapun tidak dikongsikannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

"Saya masuk wad selama empat hari selepas itu saya dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan dan keesokan harinya saya boleh keluar daripada wad dan kini saya menjadi pejuang yang berjuang untuk melawan kanser," katanya pada program yang turut dihadiri Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray dan Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam.

Mengulas lanjut, Dr Siti Hasmah menggesa wanita sentiasa peka dengan perubahan diri serta melakukan saringan awal bagi mengenal pasti potensi kanser payudara.

Iklan

Apa yang penting katanya, wanita tidak perlu malu atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.