SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengkaji satu mekanisme terbaik dalam mengawal penjualan vape secara dalam talian terutama di media sosial yang membabitkan pelajar dan remaja di bawah umur.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, meskipun kerajaan menghadapi kesukaran bagi memantau perkara tersebut namun tindakan awal mampu mengelak gejala itu berlarutan.