KUALA LUMPUR - Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Senator Datuk M Sambanthan meninggal dunia di sini malam tadi. Mendiang berusia 54 tahun.
Anak mendiang yang kedua, Ganesh Kumar berkata, ayahnya meninggal di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 11.35 malam kerana serangan jantung.