Penjawat awam Kelantan dapat RM500

Iklan
Ahmad semasa membuat penggulungan DUN Kelantan hari ini.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Kerajaan Kelantan memberikan insentif RM500 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob semasa membuat penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Iklan
Iklan

"Saya ingin maklumkan yang kerajaan akan berikan insentif RM500 kepada semua penjawat awam," katanya.

Bagaimanapun, tarikh pemberian insentif itu tidak dimaklumkan lagi dan Sinar Harian difahamkan ia akan dibuat awal tahun depan.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Yaakob turut mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Md Alwi Che Ahmad sebagai Ketua Pembangkang DUN Kelantan, semalam.

"Mengenai tindakan Kok Lanas (Datuk Md Alwi) yang letak jawatan ketua pembangkang, kita merasa legalah. Namun secara tersiratnya, pembangkang itu masih ada, namun yang mesra kerajaanlah.

Iklan

"Kita memerlukan teguran daripada semua dan mereka adalah sahabat kita, apabila berlaku kekurangan, kita terima dengan baik dan berlapang dada untuk membincangkannya secara membina,” katanya.