Dua anggota polis maut di Afghanistan

Iklan
Kejadian berlaku berhampiran balai polis di wilayah Laghman di timur Afghanistan. - Foto AFP

JALALABAD - Sekurang-kurangnya dua anggota polis terbunuh dalam kejadian letupan bom di timur Afghanistan hari ini.

Insiden membabitkan sebuah trak dipenuhi bahan letupan itu berlaku berhampiran sebuah balai polis di wilayah Laghman.

Iklan
Iklan

Letupan berkenaan turut mencederakan 20 kanak-kanak yang sedang belajar di sebuah madrasah berhampiran.

"Sebahagian bangunan madrasah rosak teruk akibat impak letupan dan sekitar 20 kanak-kanak cedera akibat terkena serpihan kaca.

Iklan

"Enam anggota polis turut cedera dalam kejadian itu," kata jurucakap Gabenor Laghman, Asadullah Daulatzai.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri mengesahkan angka kematian dan menuding jari ke arah Taliban sebagai dalang serangan.

Iklan

Taliban bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menolak atau mengesahkan ia sebagai dalang serangan tersebut. - AFP