PLAS UM gesa universiti tahan skrol, transkrip Yan Ke

Iklan
Wan Nazari (kanan) menyerahkan petisyen tindakan segera terhadap Wong Yan Ke dan sokongan kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim (kiri).

KUALA LUMPUR - Persatuan Lepasan Asasi Sains Universiti Malaya (PLAS UM) mencadangkan supaya universiti itu menahan skrol ijazah dan transkrip graduan bernama Wong Yan Ke sekurang-kurangnya lima tahun.

Presidennya, Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh berkata, pihaknya juga meminta agar universiti itu mendakwa graduan tersebut kerana menghina majlis istiadat tertinggi dan berprestij UM.

Iklan
Iklan

"Kami juga mencadangkan agar graduan ini tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau PhD di mana-mana IPTA (institut pengajian tinggi awam) di negara ini.

"Selain itu kami mencadangkan supaya graduan ini diserahkan kepada pihak keselamatan negara dan didakwa kerana menghina Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Canselor UM," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan petisyen tindakan segera terhadap Yan Ke dan sokongan kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Iklan

Petisyen itu diserahkan oleh Wan Nazari kepada Abdul Rahim di Foyer Dewan Tunku Canselor di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan biadab: UM buat laporan polis

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Nazari berkata, salinan surat juga akan dipersembahkan untuk memohon titah perkenan tindakan daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Selain itu pihak kami juga sudah membuat laporan polis terhadap graduan tersebut," katanya.

Katanya, tindakan Yan Ke pada Sidang lima Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-59 UM menjatuhkan maruah universiti itu.

"Perilaku memalukan ini menunjukkan betapa beliau tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara serta prosedur Istiadat konvokesyen.

"Kami berharap UM mengambil tindakan tegas terhadap graduan ini selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada agar perilaku seperti ini menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi," katanya.

Yan Ke sebelum ini bertindak menjerit sambil memegang plakad tertera undur VC dan ini tanah Malaysia sebagai tanda protes sejurus selepas menerima skrol ijazah sarjana muda pada istiadat konvokesyen.