KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tanjung Sedili menahan dua lelaki warga Indonesia kerana dipercayai sedang menjalankan kegiatan ‘teksi air’ di perairan Tenggara Tanjung Ramunia di sini kira-kira jam 4 petang semalam.
Pengarah APMM Zon Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot kayu tanpa tanda nama yang dinaiki dua lelaki berusia 41 dan 55 tahun itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia setelah dilihat cuba merapati sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan.