Mangsa tembakan di Christchurch lawat PM

Iklan
Gambar pertemuan yang dikongsikan di laman Twitter Chedet.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan dua mangsa tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, di pejabatnya, di sini hari ini.

Detik pertemuan bersama Mohd Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad itu dimuat naik di laman Twitter @chedetofficial.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir dalam ciapannya berkata, kedua-dua mangsa itu berkongsi perasaan dalam insiden terbabit.

"Rakyat negara itu menunjukkan minat untuk memahami dan mempelajari berkenaan Islam," katanya.

Iklan

Mohd Nazril, 46, dan Rahimi, 39, masing-masing ditemani keluarga pada pertemuan itu dan merakamkan gambar kenangan.

Gambar pertemuan yang dikongsikan di laman Twitter Chedet.

Pada 16 Mac lalu, sekurang-kurangnya 50 maut dan puluhan cedera selepas seorang penyerang melepaskan tembakan di dalam masjid ketika jemaah menunggu untuk menunaikan solat Jumaat.

Iklan

Selain Mohd Nazril dan Rahimi, seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib turut tercedera.

Anak sulung Rahimi, Ahmad Razif, 11, berjaya diselamatkan orang awam manakala anak Mohd Tarmizi, Mohd Haziq, 17, terbunuh dalam insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazril trauma, tak boleh tengok kelibat polis

Tembakan Christchurch: Rahimi jalani rawatan fisioterapi