Tengkujuh: Jabatan Perhutanan Perak tutup semua laluan pendakian

Iklan
Notis penutupan laluan pendakian di dalam HSK dikeluarkan Jabatan Perhutanan Perak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika musim tengkujuh. (Gambar kecil: Mohamed Zin)

IPOH - Jabatan Perhutanan Perak akan menutup semua laluan pendakian di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal di bawah pentadbiran jabatan itu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, tempoh penutupan itu dilaksanakan selama tiga bulan bermula 1 November 2019 sehingga 31 Januari 2020.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai langkah keselamatan kepada orang awam khususnya pendaki berikutan musim tengkujuh yang sedang melanda negara ketika ini.

"Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku ekoran musim tengkujuh.

Iklan

"Sebenarnya setiap tahun kita akan tutup laluan ini kerana risiko tinggi jika sebarang pendakian dibuat ketika musim hujan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Zin menasihatkan orang ramai supaya akur dengan arahan diberikan dan sebarang pendakian yang dilakukan dalam tempoh itu merupakan satu kesalahan.

Iklan

Katanya, setiap aktiviti pendakian di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal perlu mendapat permit memasuki hutan daripada Pejabat Perhutanan Daerah.

Beliau berkata, jika terdapat mana-mana individu yang memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal tanpa permit, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.