M40 miliki dua kenderaan layak terima subsidi petrol

Iklan
Saifuddin pada sidang akhbar sempena perasmian Program Food Bank Siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kampus Gambang di sini hari ini.

KUANTAN - Golongan berpendapatan dalam kategori M40 yang memiliki dua kenderaan masih layak menerima program subsidi petrol (PSP) yang dibentangkan pada Belanjawan 2020.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun syarat utama salah satu kenderaan tersebut mesti berusia 10 tahun dan ke atas serta mempunyai kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah bagi kereta atau 150cc dan ke bawah bagi motosikal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka hanya perlu membuat semakan kelayakan menerusi portal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh dua bulan ini.

"Pengumuman Belanjawan 2020 baru-baru ini adalah pendekatan baharu yang perlu dilaksanakan KPDNHEP.

Iklan

"Kita ada lebih kurang dua bulan lagi untuk duduk berbincang bersama Kementerian Kewangan mengenai beberapa keperluan lagi. Data B40 kita sudah ada, tinggal lagi M40 belum ada.

"Bagaimanapun KPDNHEP akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa mengenainya. Kami faham bagi mereka yang membuat semakan ke portal pasti ada kelemahan trafik sedikit kerana kami menerima pertanyaan yang begitu banyak," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Wacana Bersama Menteri dan Perasmian Program Food Bank Siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kampus Gambang di sini hari ini.

Saifuddin berkata, selain membuat semakan dengan Kementerian Kewangan, pihaknya juga akan membuat silang semak dengan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui status sebenar pemilik kenderaan sebelum layak diberikan subsidi petrol.

Sementara itu, bagi golongan B40 yang berpendapatan RM3,000 ke bawah tetapi tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) perlu membuat pendaftaran di portal atau menerusi talian telefon dan WhatsApp KPDNHEP.

"Data BSH menunjukkan terdapat kira kira 18.4 juta penerima termasuk bujang dan keluarga. Kira kira 11.6 juta penama BSH mempunyai kereta manakala 6.8 juta lagi mempunyai motosikal.

"Bagi B40 yang baru membeli motosikal pada 8 Oktober ke hadapan, hanya perlu daftar di portal dan semak kelayakan menggunakan kad pengenalan kerana mereka masih layak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 5 juta M40 dijangka terima subsidi petrol: Menteri KPDNHEP