Apa lagi dengan Guan Eng?

Iklan
Wee Ka Siong

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meminta penjelasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai pemansuhan tol motosikal di di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang dan Lebuhraya Laluan Kedua, Johor.

Katanya, ini kerana beliau difahamkan pemansuhan tol tersebut bukan secara kekal seperti diumumkan oleh PH.

Iklan
Iklan

"Sebaliknya, kerajaan PH mungkin membayar pampasan RM20 juta kepada konsesi tol setiap tahun supaya motosikal tidak perlu membayar tol.

"Jumlah RM20 juta ini sama dengan apa yang kerajaan PH kutip melalui cukai petrol tersembunyi setiap hari dengan tidak mengurangkan harga petrol sebanyak 30 sen seliter sejak dua bulan lalu.

Iklan

"Adakah Guan Eng akan beri penjelasan?,” soalnya di laman Facebook, hari ini.

Pada 2 November tahun lalu, Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Januari 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.

Iklan

Dalam pada itu, Ka Siong turut menyindir Guan Eng kerana mempersendakan janji BN untuk memansuhkan to motosikal di Jambatan Pulau Pinang sebelum PRU14.

"Guan Eng berkata jika PH menang, tol Jambatan Pulau Pinang akan dimansuhkan serta merta untuk semua kenderaan dan bukan motosikal saja.

"Hari ini, Guan Eng memansuhkan tol motosikal hanya di Jambatan Pulau Pinang - sama seperti janji BN yang diketawakannya sebelum ini,” katanya.