Usahasama 1MDB-PSI 'kawan tolong kawan', kata saksi

Iklan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu projek usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dianggap sebagai 'kawan tolong kawan'.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Iklan
Iklan

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada hari ke-23 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Jho Low beritahu kamu usahasama ini adalah sebagai 'kawan tolong kawan'?

Iklan

Shahrol Azral: Dia beritahu saya usahasama ini dibuat atas dasar kawan tolong kawan.

Muhammad Shafee: Dia membuat kesimpulan begitu? Saksi itu menjawab"ya".

Iklan

Sementara itu, Shahrol Azral memberitahu mahkamah urusan kewajaran berkaitan PSI hanya dibuat secara lisan sebelum usahasama diwujudkan dengan 1MDB.

Saksi itu berkata, urusan kewajaran berkaitan PSI tidak dinyatakan di atas kertas atau dibentangkan kepada ahli lembaga dana berkenaan.

"Pada masa itu, kami faham bahawa kami perlu melaksanakan perjanjian G2G. Pada masa itu juga, saya percaya PSI adalah rakan yang boleh dipercayai," katanya.

Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama