Murid tahun dua, ibu saudara cedera kemalangan

Iklan
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum di hantar ke HKL bersama ibu saudaranya untuk rawatan lanjut.

KUALA LUMPUR - Seorang murid tahun dua yang dalam perjalanan ke sekolah terpaksa dilencongkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Jalan Buku Lima Mindef di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, kanak-kanak perempuan itu cedera selepas motosikal ditunggang ibu saudaranya bergesel dengan sebuah kereta.

Iklan
Iklan

Difahamkan motosikal tersebut tidak sempat mengelak kereta berkenaan yang baharu hendak keluar dari petak parkir di bahu jalan.

Kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh di bahu jalan dan mengalami kecederaan dan luka pada anggota badan.

Iklan

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Kepten Aziana Hizazi berkata, sepasukan anggota perubatan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.

"Sampai di lokasi, didapati kanak-kanak itu terbaring menahan kesakitan ditemani ibu saudaranya. Ibu saudara mangsa turut alami sakit di bahagian paha dan kaki.

Iklan

"Anggota APM memberikan rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke HKL untuk tindakan lanjut," katanya.