Polis Marin tahan warga Pakistan

Iklan
Pasukan Polis Marin berjaya menahan seorang warga Pakistan dipercayai langgar syarat pas/permit.

LABUAN – Pasukan Polis Marin Wilayah Persekutuan Labuan menahan seorang lelaki warga Pakistan di perairan Pulau Papan di sini semalam kerana dipercayai melanggar syarat pas/permit.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pasukannya sedang melakukan tugas rondaan Op Gelora di perairan Pulau Papan telah menahan dan memeriksa sebuah bot laju berdaftar pada jam 4.30 petang.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga Pakistan berusia 22 tahun telah mengemukakan pasport tanpa pemeriksaan dan Cop Imigresen Sabah.

"Lelaki itu dipercayai menggunakan laluan Kuala Lumpur - Labuan - Kuala Lumpur untuk masuk dan keluar Sabah dengan cara mengelak pemeriksaan imigresen.

Iklan

"Turut dijumpai adalah tiket penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur,” katanya melalui kenyataan media.

Mohamad Pajeri berkata, lelaki tersebut dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Persekutuan Labuan untuk dokumentasi.

Iklan

"Laporan polis dibuat di Balai Polis Labuan untuk tindakan lanjut. Kita sentiasa mengatur gerak aset bersama pegawai dan anggota menjalankan rondaan atau operasi pencegahan jenayah di perairan bagi memastikan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dibanteras dan ketenteraman awam di perairan terjamin,” katanya.