Tak tolong tapi sibuk rakam, mangsa kemalangan akhirnya temui ajal

Iklan
Orang ramai berkumpul di lokasi kemalangan untuk merakam mangsa yang putus tangan kiri akibat digilis tayar lori.

BHOPAL - Nyawa seorang remaja perempuan yang terlibat dalam kemalangan di negeri Madhya Pradesh, India mungkin dapat diselamatkan sekiranya orang ramai mempunyai kesedaran tinggi untuk menghantar mangsa ke hospital.

Sebaliknya mangsa dibiarkan menanggung kesakitan selama 15 minit dan akhirnya meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Iklan
Iklan

Lebih menyedihkan orang ramai berlumba-lumba mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam kesengsaraan mangsa.

Paling memalukan tiada siapa mahu menghantar mangsa ke hospital yang jaraknya kurang 500 meter dari lokasi kemalangan.

Iklan

Insiden menyayat hati itu berlaku di sebatang jalan yang sibuk di Bhadakur Tiraha di pekan Phoop baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Priyanka terjatuh daripada basikal ditunggangnya sebelum tangan kirinya putus digilis tayar lori yang dipandu secara melulu di kawasan tersebut.

Iklan

Sebelum kejadian, remaja malang berusia 15 tahun itu dikatakan baharu selesai membeli barangan dapur di pasar berhampiran. - Agensi