SHAH ALAM - Henti memomokkan rakyat dengan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminggirkan dasar untuk Bumiputera.
Ketua Penerangan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ulya Aqamah berkata, peruntukan untuk Bumiputera dalam Belanjawan 2020 membuktikan PH tidak berbuat demikian namun mengimbangi keperluan semua kaum secara adil.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bukan sahaja membantu rakyat malah kerajaan mempersiapkan satu belanjawan yang inklusif dan seimbang sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.
"Dulu demi mencapai negara berpendapatan tinggi dan akibatnya negara kaya, rakyat miskin.
"Belanjawan kali ini turut memperkasakan pentadbiran Islam dengan peruntukan RM1.3 bilion termasuk untuk institusi Islam.
"Dasar kerajaan hari ini tidak ketepikan agenda Bumiputera. Henti momokan rakyat kata kerajaan ke tepi dasar Bumiputera," katanya pada program Debat Sinar bertajuk Belanjawan 2020: Siapa Dapat Lebih Manfaat? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Beliau berdebat bersama Penolong Setiausaha Penerangan Pemuda Pas, Nazrul Nazir dalam program yang menampilkan Personaliti TV, Perunding Latihan dan Motivasi, Amin Idris selaku moderator.