[VIDEO] Bila tiba musim tengkujuh...

Iklan
Kenderaan penduduk orang asli terkandas di tengah sungai.

GUA MUSANG - Sekumpulan penduduk orang asli dari Pos Balar di sini, berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda mereka terkandas di tengah sungai.

Menurut Omar Rami, 46, sejak tiga hari lalu, kawasan mereka sering hujan dan air sungai mula naik.

Iklan
Iklan

Katanya, dia dan rakan-rakan mempunyai urusan di luar dan perlu keluar namun terkandas di Sungai Telor yang terletak berhampiran kawasan perkampungan mereka.

"Kami bergerak dengan dua kenderaan pacuan empat roda kerana ada urusan di bandar. Untuk ke bandar, kami perlu melalui tiga anak sungai melibatkan 90 kilometer perjalanan.

Iklan

"Namun anak sungai pertama sudah terkandas dan air mulai deras. Jika hujan berlarutan hingga esok (hari ini), air sungai makin naik dan kami tidak dapat keluar lagi sehinggalah air surut.

Sementara itu, penyelia asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Maizurina Mohamad berkata, perancangan untuk pulang ke rumah terpaksa dilupakan jika air belum surut.

Iklan

"Saya menyaksikan bagaimana kenderaan orang kampung terkandas dan akhirnya rosak di tengah sungai kerana tidak dapat ditarik melepasi sungai.

"Jika air sungai tidak surut esok (hari ini), kami tidak dapat pulang. Namun, minggu depan kami perlu membawa kenderaan keluar terlebih dahulu jika air surut kerana cuti persekolahan sempena Deepavali tidak lama lagi.

"Jika tidak kami terpaksa bercuti di sini jika hujan berlarutan, kenderaan tidak dapat melepasi anak sungai," katanya.