'Semailah rasa cinta suami isteri'

Iklan
Paparan Facebook Ebit

SHAH ALAM - Seminar Keluarga Sunnah penuh berinspirasi diilhamkan oleh Penceramah, Ustaz Ebit Lew semakin mendapat sambutan hangat kerana ia membantu memperbaiki diri, keluarga dan pasangan suami isteri ke arah keluarga jannah.

Bukan itu sahaja seminar yang berlangsung sehari itu menghimpunkan kisah realiti yang berlaku di sekeliling masyarakat termasuk kehidupan sebuah keluarga.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, perkongsian kisah sebuah keluarga di muat naik di Facebook miliknya menarik perhatian netizen selain memberi seribu keinsafan.

Menerusi statusnya, beliau mendedahkan kisah seorang isteri diuji apabila dia jatuh cinta dengan lelaki lain.

Iklan

Kata Ustaz Ebit, kisah pasangan itu membuatkan semua audiens menangis tatkala si suami mengampunkan kesalahan isteri selain dia turut meminta maaf.

Katanya, kisah ini kadang kala berlaku dalam rumah tangga kerana lalai.

Iklan

"Kita mula jatuh cinta dan suka orang lain. Baik lelaki atau wanita, bukan nak cari silap siapa tetapi kita semua silap dan lalai.

"Cinta sebenar bila kita cinta kepada ALLAH. Barulah datang cinta dan sayang kerana ALLAH, cinta kekal sampai syurga," tulisnya.

Menurutnya, pasangan suami isteri perlu membaiki hubungan suaya tidak berlarutan selain mencari masa untuk selesaikan segala masalah bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Semailah rasa cinta, ia anugerah ALLAH saat pernikahan. Kita lupa beri masa bersama, makan bersama suap-menyuap dan baca al-Quran sama-sama.

"Bila mula tidur asing, zaman ni masing-masing sibuk dengan telefon, tak sempat dengan pasangan, lupa bantu. Kadang makan dan beri masa untuk orang lain.

"Love-time, berilah masa dan semaikanlah rasa cinta," katanya.

Perkongsian Ustaz Ebit yang menyentuh hati itu tular di media sosial sekali gus mencuri perhatian netizen dan rata-ratanya memuji kesabaran suami ketika diuji ALLAH SWT.

"Allahu, kita manusia diuji dengan ujian yang berbeza, yang masih ada pasangan jagalah pasangamu dengan baik.

"Semoga kebahagiaan kalian sampai hujung nyawa," kata netizen.