Ternakan lembu bantu tingkat ekonomi belia

Iklan
Mohd Rozman (tiga dari kanan) bersama peserta yang menjayakan Program Ternakan Lembu anjuran Armada Bersatu Cawangan Bandar Pasir Puteh dengan kerjasama Persatuan Belia.

PASIR PUTEH - Tahap kebolehcapaian ekonomi dalam kalangan belia di jajahan ini dipertingkatkan menerusi Program Ternakan Lembu anjuran Armada Bersatu Cawangan Bandar Pasir Puteh dengan kerjasama Persatuan Belia.

Ketuanya, Datuk Mohd Rozman Yahya berkata, projek tersebut bakal menjadi manifestasi baharu dalam membudayakan usahawan dalam kalangan generasi muda di jajahan ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai permulaan projek ternakan ini diusahakan di atas tanah seluas lima hektar.

Katanya, jumlah itu akan ditambah sekiranya projek perintis ini menunjukkan keberhasilan tinggi pada masa hadapan.

Iklan

"Sebab itulah kami mahu generasi muda rebut peluang ini sebaik mungkin," katanya.

Mohd Rozman berkata, pihaknya turut menyediakan ilmu berkait bidang pemasaran bagi membantu usahawan ternakan ini memasarkan hasil dengan sebaik mungkin.

Iklan