PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Azalan Miswan yang terkorban dalam kemalangan di Turki semalam.
Azalan dan isteri antara 35 peserta rombongan yang terdiri daripada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ke negara itu.
Selain itu, 10 lagi dilaporkan cedera dalam tragedi berkenaan.
"Saya dukacita dengan laporan awal bahawa seorang rakyat Malaysia yang juga anggota PKNS meninggal dunia dalam kemalangan tersebut sementara 10 orang lagi mengalami kecederaan.
Mohamed Azmin berkata, beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia di Turki serta pihak berkuasa tempatan atas bantuan segera yang disampaikan kepada rakyat Malaysia dan keluarga yang terlibat.
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan insiden membabitkan rakyat Malaysia itu.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Afyonkarahisar dan empat daripada mangsa mengalami kecederaan serius.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki