KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan hasrat melakukan perjalanan yang kurang penting ke wilayah Catalonia di Sepanyol.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, nasihat itu berikutan keadaan semasa di kawasan berkenaan yang menyaksikan protes besar-besaran bermula sejak 13 Oktober lalu.