SHAH ALAM - 'Perang dingin' antara pasangan suami isteri acap terjadi lebih-lebih lagi tatkala apabila sang isteri berbadan dua.
Itulah yang terjadi antara usahawan kosmetik dan juga kini pelakon dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dengan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid apabila dilihat perkembangan mereka berdua di media sosial.
"Kenapa edit 'caption'? biarlah 1 Malaysia baca," demikian komen balas Shahida terhadap perkongsian gambar dan keterangan Instagram Aliff dipercayai menyindirnya.
Kenyataan awal Aliff bagaimanapun ditukar dengan keterangan baharu yang berbunyi,"Merekalah segalanya, Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia,".
Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah perkongsian gambar berkenaan hanya melibatkan Aliff, ibunya serta anak-anaknya tanpa kelibat Shahida.
Melihat situasi berkenaan, rata-rata netizen memberi semangat kepada Shahida.
Misalnya menurut pemilik Instagram bengkungtutupperutbuncit' yang menyifatkan perkara itu sebagai dugaan ibu mengandung.
"@shahidadherbs jaga kesihatan ya datin. Moga datin sabar ya, dugaan time mengandung. Huhu," katanya.
Sementara menurut, iam.mieyza pula berkata,"@shahidadherbs berat dugaan bila hamil ini, semoga datin tabah pasti ada jalannya nanti,".
Dalam pada itu menurut azzah_sewandcraft's pula berkata,"@shahidadherbs tak pe datin,kami dah sempat baca.Semoga syurga tempat buat datin atas kesabaran dan ketabahan datin.Biarkan dia dengan keseronokan duniawi,".