KUALA LUMPUR - Bedah siasat ke atas wanita warga Indonesia yang ditemui mati di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang dekat sini pada Isnin lepas, mendapati mangsa lemas akibat mulutnya disumbat kain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata hasil bedah siasat Jabatan Forensik, Hospital Serdang pada 10 pagi tadi juga mendapati tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh badan mangsa.
Iklan
Iklan
"Punca kematian adalah ‘Asphyxia due to smothering’. Pernafasan terhenti akibat kain yang disumbat ke dalam mulut dan tiada kesan cekik atau patah di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mayat pekerja sebuah kedai perabot berusia lingkungan 30-an itu ditemui dalam keadaan separuh bogel, tangan diikat dan mulut disumbat kain oleh majikannya yang pergi ke rumah mangsa selepas dia tidak hadir bekerja selama tiga hari.
Mohd Sabri berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Ismail Ahmad menerusi talian 019-2306107 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama