Fungsi institusi koperasi perlu diperkukuh: PM

Iklan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkatakan sesuatu kepada Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Datuk Aliasak Ambia (kiri) dan Pemangku Timbalan Presiden PKPKM, Meor Harun Meor Osman( kanan) ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan ke-22 Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Fungsi institusi koperasi perlu diperkukuhkan semula terutama koperasi luar bandar sebagai wadah pembangunan pekebun kecil, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ini kerana pembangunan koperasi di Malaysia masih lagi berada pada tahap rendah berbanding negara maju yang lain.

Iklan
Iklan

Katanya, peranan besar dalam usaha pengukuhan mengikut cara yang baharu itu perlu dimainkan pihak kementerian dan agensi terbabit di dalam memartabatkan semula fungsi koperasi.

"Selain itu, merancang dan melaksanakan projek secara ‘pembangunan melibatkan penyertaan’, menggalakkan pelaksanaan projek berskala kecil secara gotong royong, melihat koperasi sebagai pencetus pembangunan minda pekebun kecil, dan membantu pelaksanaan integrasi koperasi secara menegak dan melintang bagi mewujudkan koperasi yang berdaya saing,” katanya.

Iklan

Perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan ke-22 Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia di sini hari ini.

Katanya, pelan rancangan yang baik dan komitmen pelaksanaannya yang tinggi daripada semua pihak, beliau yakin koperasi luar bandar mampu diperkasa dan menjadi institusi utama dalam membentuk pekebun kecil yang progresif dan berdaya saing. - Bernama

Iklan